Apr 02, 2022 - FASPasukan Presiden Selangor telah berjaya melengkapkan kesemua perlawanan saingan Piala Presiden 2022 bagi bulan Mac ini.
Pasukan kini berada di kedudukan ketiga dalam Kumpulan B dengan sembilan mata terkumpul daripada dua kemenangan dan tiga keputusan seri. Setakat ini, tujuh jaringan gol telah dijaringkan dalam lima perlawanan.
Mengikut jadual yang dikeluarkan oleh pihak FAM, saingan Piala Presiden 2022 akan berehat sepanjang bulan Ramadhan ini dan akan kembali beraksi pada bulan Mei.
Menurut ketua jurulatih pasukan Presiden Selangor, Shaiful Nizam, barisan jurulatih akan menggunakan masa rehat yang diberikan ini untuk perbaiki setiap kelemahan yang telah didapati daripada perlawanan sebelum ini.
"Kami barisan jurulatih akan berikan fokus lebih kepada latihan ‘finishing’. Tiga perlawanan seri tanpa jaringan menunjukkan kita perlu perbaiki bahagian serangan pasukan. Inilah yang saya nampak dan akan membuat perancangan yang terbaik untuk pemain-pemain serangan menjadi lebih agresif dalam menjaringkan gol.
“Bagi barisan pertahanan pula, Alhamdulillah buat masa ini mereka dalam keadaan yang terbaik. Anak-anak buah saya cuma bolos satu gol sahaja iaitu dari sepakan free kick luar kotak. Insya Allah, kita akan perbaiki setiap kelemahan yang telah dicatat daripada perlawanan-perlawanan sebelum ini sebelum menghadapi aksi seterusnya."
Berikut adalah keputusan perlawanan pasukan Presiden Selangor:-
PJ CITY FC 0-0 PRESIDEN SELANGOR
TERENGGANU FC III 0-0 PRESIDEN SELANGOR
PRESIDEN SELANGOR 2-1 NEGERI SEMBILAN FC
*Halief Hazreil 4'
*Mistakim Mustapha 10'
PDRM FC 0-5 PRESIDEN SELANGOR
**Husni Idrus 14', 45+2'
**Izrin Ibrahim 72', 90+3'
*Devesshraja 90+2'
PRESIDEN SELANGOR 0-0 MELAKA UNITED FC
Selangor FC mengucapkan tahniah atas pencapaian setakat ini dan berharap pasukan Presiden Selangor dapat mengekalkan kecergasan sepanjang saingan Piala Presiden 2022 berehat untuk perlawanan di bulan Mei nanti. Teruskan perjuangan!
Demi Kebanggaan!